• IJN: in conjunction with the Heart Failure Conference 2025


Pada 2hb Jan 2025 IJN melalui Dr Rafidah Abu Bakar menghubungi saya bertujuan menempah sebuah lukisan cat minyak bertemakan IJN. Ini bermakna saya terpilih untuk diberi peluang mempamerkan karya saya ~ seni-tampak.

Saya memilih imej pada halaman dan pintu masuk utama ke dalam bangunan IJN sebagai tema. Saya bayangkan ia secara semi abstrak.

Lukisan ini dijadikan hadiah kepada Datuk Dr Aizai Azan bin Abdul Rahim sempena sidang ~ Heart Failure Lifetime Achievement Award anjuran IJN. Sidang ini berlangsung selama 9 ~ 15 hb Feb 2025.