Ki-nota: ArtisKoloni #1


TUJUAN ASAL ARTIS DAN KRAF KOLONI DIBENTUK

Satu ketika ditahun 1995 disuatu seminar di bangunan lama BSLN, seorang artis telah mengemukakan satu cadangan. Ianya mengenai mewujudkan pusat untuk para artis berkumpul dan berkarya. Sebuah fikiran yang telah disambut baik oleh kerajaan. Perancangan ini bermula dari dalam Kementerian Usahawan. Dato' Mustaffa Mohamad selaku menterinya. Kemudian, melalui penjelasan dari pihak kementerian, lot awal Artis Koloni mulai terbentuk. Biayanya ditaja oleh sejumlah institusi Keuangan di Malaysia.

Artis Koloni dirasmikan ditahun 1997. Menurut kenyataan Menteri Usahawan Dato' Mustaffa Mohamad, "Tujuan Artis Koloni dibentuk adalah untuk membantu menempatkan para artis di satu lokasi tumpuan pelancung dan pengemar seni tampak agar para pengunjung dapat membuat pilihan disamping artis itu sendiri dapat berkongsi pengalaman dikalangan artis, dan dapat berkenalan dengan pengunjung. Penggemar karya SENI TAMPAK boleh berunding secara langsung dengan lebih dekat dan mendalam mengenai peruntukan yang mereka ada. Ianya sebagai pendapatan untuk para artis. Artis juga dapat berbincang mengenai perkembangan semasa alam seni masing-masing". Ujar beliau lagi "Kementerian sedaya upaya cuba memertabatkan artis Malaysia. Kementerian bersifat membantu dan sewaan yang dikenakan tidak akan membebankan artis. Untuk penyelenggaraan saja". Begitulah apa yang dapat saya ingat/faham mengenai ucapan yang diumumkan oleh Dato' Mustaffa Mohamad ketika perasmian Artis Koloni ditahun 1997 dulu. Memang sebelumnya artis berkarya secara individu, berselerakan di berbagai lokasi. Ada karya dipamirkan di galeri-galeri persendirian secara 'bayar bila laku', payah. Penggemar/pelancung agak sukar membuat perbandingan. Perbincangan sesama artis juga terbatas.
Kini, di Artis Koloni bukan hanya artis yang menyewa bahkan para artis sambilan juga turut sama kunjung-mengunjung, bermesyuarat dan berkongsi pengalaman. Dengan lain perkataan, Artis Koloni adalah juga tempat para artis yang berjauhan, yang bergiat secara sambilan, dan juga artis dari negara asing dapat berkumpul untuk merancang, membentuk dan menyertai sesuatu aktiviti.

Walaupun lokasi Artis/Kraf Koloni telah terkenal dan diketahui umum, namun sepanjang masa tersebut yakni dari tahun 1998 hingga kini telah sedikitnya 40 artis berhenti (masuk dan keluar) dari menyewa di Artis Koloni. Alasan mereka hutang sewaan yang tertunggak dan makin meningkat.
▪Hanya sejumlah artis yang terdaya meneruskan usaha mereka, yang boleh disifatkan sebagai berjaya. Kelihatan karya-karya mereka unit dan punyai kekuatan tersendiri. Jadi, usaha Dato' Mustaffa Mohamad agak berbaloi, secara sederhana. Alhamdulillah.