Ki-OilPainting: Pohon Bakau #3
Perkataan "mangrove" yang ditemui dalam Bahasa Inggeris sebenarnya tidaklah dapat dipastikan dengan tepat asal-usulnya kerana terdapat pelbagai perkaitan dalam perkembangan etymological yang tersabit (etymologi adalah kajian tentang sejarah kata-kata dan bagaimana bentuk dan makna perkataan berubah dari masa ke semasa). Ia mungkin berasal dari perkataan Melayu iaitu "manggi-manggi" sebagai memberi erti kepada spesies dalam keluarga pohon Bakau yang ianya masih ada dan digunakan sampai saat ini khususnya di wilayah timur Indonesia yang dikenali dari spesies Avicennia. Ahli dari jenis ini diberi nama "elgurm" atau "el q'urum" oleh orang-orang Arab. Disarankan bahwa kata mangrove mungkin berasal dari istilah "mang-gurm", bentuk gabungan perkataan Melayu tua dengan nama-nama Arab. Teori-teori lain yang menggabungkan istilah ini adalah berasal dari perkataan peribumi Amerika dan Portugis atau Sepanyol, bahkan secara sederhana ia dari perkataan Inggeris iaitu grove pada masa pendudukan mereka, yang membawa erti pohon-pohon tropikal yang tumbuh padat.
Istilah mangrove dapat digunakan untuk membayangkan tumbuh secara bersendirian atau dalam kelompok pohon Bakau atau keseluruhan kelompok pohon Bakau yang terdiri dari bahagian-bahagian unsur hidup di antara mereka dan di dalam hubungan istimewa yang secara keseluruhan dapat mewujudkan persekitaran menjadi hidup. Dengan demikian, dalam pengertian yang lebih luas istilah Mangrove boleh digunakan untuk menggambarkan kepada setiap saluran pembuluh tumbuhan atau masyarakat tumbuhan yang terjadi di kawasan genangan air tawar, air payau dan air masin.
Sungguhpun kebanyakan dari tumbuhan ini mempunyai asal-usul yang berbeza, mereka terdiri dari sejumlah sifat, bentuk dan mekanisma bersesuaian yang umumnya memungkinkan mereka untuk tumbuh dalam persekitaran bergaram secara berperingkat. Secara sifat dan bentuknya, pohon Bakau digolongkan sebagai halophytes yang bermaksud tumbuhan yang boleh menerima keadaan bergaram yang sebahagian besar keadaan ini terjadi pada tanah berair masin. Namun, adalah salah jika menganggap bahawa pohon Bakau selalu bergantung pada persekitaran yang masin. Bahkan, beberapa spesies Rhizophora ditanam secara di dalam bekas telah menarik perhatian pada ketika disirami secara khusus dengan air tawar. Malahan dalam persekitaran yang digenangi air masin, untuk beberapa jenis pohon Bakau, dengan fakta yang terbatas ini, bererti bahawa bergantunglah kepada tahap kemasinan air atau persekitarannya, pertumbuhan yang secara sementara adalah tidak munasabah khususnya untuk sesetengah spesies seperti Avicennia. Keadaan menunjukkan tanah berair masin merangsangkan percambahan.
Soalnya sangat menarik: Mengapa pohon Bakau tidak terdapat tumbuh di persekitaran atau dalam kawasan genangan air tawar ? Fakta yang sangat munasabah disini adalah pohon Bakau tidak boleh bersaing dengan tumbuhan lain yang lebih cepat tumbuh iaitu tumbuhan paya air tawar, sedangkan pohon Bakau dapat bertahan hidup dalam persaudaraan yang terpencil di kawasan air payau yang mana keadaan tanah atau air bergaram menentang pertumbuhan terhadap kebanyakan tumbuhan lain. Pohon Bakau mendapat kelebihan untuk tumbuh tanpa saingan. Kesimpulannya kebanyakan spesies pohon Bakau terdaya hidup di kawasan air tawar, air masin atau air payau.
Selain itu, beberapa spesies dari pohon Bakau telah mengalami perubahan melalui evolusinya dengan membentuk kemampuan tertentu untuk menyerap dan membuang air masin. Sejumlah spesies telah seperti 'menjelma' pada keadaan bentuk dan sifat hidup terhadap kawasan paya atau genangan air masin, sehinggakan jika di alih keluar dari kawasan berair masin akan menjadi layu dan punah. Alasan lain mengapa pohon Bakau tidak sesuai hidup di kawasan air tawar adalah, kawasan berair masin mengandungi tinggi asid sulfurik yang melemahkan kegiatan sebahagian besar bakteria dan kulat yang boleh menjejaskan pertumbuhan pohon Bakau. Walaupun pohon Bakau mempunyai perlindungan yang baik yang terpelihara daripada serangan biologi dengan pemekatan tannin dan saponin dalam rangkaian biologi-nya, ia mungkin belum mengembangkan mekanisma pertahanan yang selamat terhadap kumpulan-kumpulan mikro-organisma perosak.
Meskipun keadaan hutan Bakau menguntungkan dalam hal keberhasilan sumber hidupan liar kawasan hutan, ia adalah sangat sedikit disegi sumbangan pembekalan kayu dalam kawasan tanah basah jika dibandingkan dengan Hutan Hujan Tropikal lainnya. Bahkan di hutan Bakau yang paling mewah di daerah yang jumlah curahan hujan yang banyak pun jarang didapati lebih dari 25 spesies Bakau pada satu-satu kawasan. Kelihatan lebih banyak semak-samun dan pohon-pohon lain. Terdapat lebih dari 50 jenis semak-samun dan pohon lain sehingga disangkakan sebagai pembentukan utama hutan Bakau. Pembentukan tumbuhan ini dapat dibezakan melalui anatomikal tertentu, fisiologikal dan penyesuaian pembiakan. Ini adalah penting untuk kelangsungan hidup di habitat khusus mereka.
Tumbuhan sebagai rakan pohon Bakau sebahagian besarnya berupa herba, adalah menumpang secara memanjat dan melilit atau jenis epiphytes (jenis tumbuhan memanjat tetapi bukan perasit), hanya sedikit dari yang halophytic (tumbuhan yang bergantung kepada air masin atau payau).
Kejadian wujudnya hutan Bakau pada sesuatu tempat amatlah terserah kepada penerimaan jumlah garam yang terdapat dalam tanah dan kesesuaian mereka dengan unsur-unsur lain dari flora. Seringkali batas penentuan tumbuhan Bakau iaitu yang dikenali sebagai 'backmangar' antara hutan Bakau dan tumbuhan darat, adalah wujudnya pertumbuhan hutan Bakau secara berperingkat kepada tahap tiada halophytic yang tumbuh di tanah iaitu makin ke pendalaman daratan.
Hutan Bakau terbatas dalam rentangan kawasan geografi tropikal, antara Garis-Tropikal-Sartan ke Utara, dan Garis-Tropikal-Jadi ke Selatan. Taburan mereka dibatasi sehingga pada kawasan dimana kebiasaan suhu tahunan di permukaan perairan pantai adalah melebihi 16°C. Penghujung taburan mereka adalah meliputi Selatan Jepun, Selatan Australia dan dalam wilayah terpanas New Zealand iaitu kawasan tanpa salji. Di kawasan begini ditemui hanya satu jenis Bakau yang tumbuh. Demikian pula tentang spesies rendah yang berbagai, di pinggir laut yang terpencil seperti Laut Merah dimana hanya ada dua spesies saja. Lebih kurang 80% dari keseluruhan tumbuhan Bakau ditemui di wilayah Indo-Pasifik antara India Selatan, Oceania dan utara Australia. 9% terdapat di Afrika Timur, 6% di Afrika Barat, hanya 5% di Caribbean, dan 5% pada Amerika Selatan.
Kadang-kala manusia bertanggungjawab dalam hal penyebaran tumbuhan Bakau. Umpamanya hutan Bakau yang tersebar di Hawaii, yang terdiri dari empat spesies, semuanya diperkenalkan oleh manusia. Di Afrika Barat pada tahun 1906 hingga 1912 dua contoh tunggal pohon Bakau iaitu Nypa diperolehi dari Singapura sebagai memberi rangsangan kepada usaha perkayuan dan penghijauan pantai. Spesies ini telah berjaya dimajukan. Dalam peredaran masa kewujudannya tidak menyebabkan gangguan ekologi terhadap tumbuhan asal pantai.
Sampai kini, beberapa kawasan Bakau telah dipelajari secara teratur. Dengan melalui bantuan pesawat udara dan gambar satelit, suatu kaedah penghasilan imej paling tepat mengenai taburan hutan Bakau telah pun diperolehi. Secara umum diketahui bahawa semakin kecil jumlah keluasan hutan Bakau di sesuatu negara maka semakin tepat keterangan tentang luas kawasan yang berjaya dikumpulkan. Sementara itu laporan yang diperolehi mengenai dua dari kawasan hutan Bakau terbesar iaitu di daerah hutan Brazil dan hutan Indonesia masih belum lengkap.
Tiada seorangpun yang tahu setepatnya keluasan sebenar hutan Bakau. Sebagai anggaran keluasan, ianya antara 14.2 juta hektar hingga 25 juta hektar. Dalam kebanyakan pengiraan, keseluruhan kawasan hutan Bakau iaitu sekitar 8.3 juta hektar adalah wujud di kawasan genangan air seperti muara sungai, kawasan pasang surut paya dan sungai, dan teluk lagun. Tambahan pula kerana kawasan genangan air adalah lebih sesuai dan saling berhubungan dengan keperluan hutan Bakau. Menurut data terbaru mengenai jumlah taburan hutan Bakau di seluruh dunia adalah meliputi kawasan seluas 15.7 juta hektar.
1 kilometer bersamaan 1,000 meter
1 kilometer persegi bersamaan 1,000,000 meter persegi
1 hektar bersamaan 10,000 meter persegi
1 hektar bersamaan 1/100 kilometer persegi atau 0.01 kilometer persegi.
Rencana ini adalah himpunan beberapa catatan yang diperolehi dari buku-buku dan laman sesawang di Internet. Saya terjemah-tafsirkan semula secara yang dirasakan sesuai.
The article is in Malay language.
Posted on July 3rd 2012 by mohammedzaki