Ki-WaterColor: 2nd reptile (iguana ke 5)
genre: wildlife animal
title: 2nd reptile (iguana ke 5)
medium: water color
size: 30cm x 23cm
year: 2006
price: myr 300.00
Iguana adalah golongan cicak besar, penghuni asal di daerah tropika Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Kepulauan Karibian. Beberapa spesies Iguana seperti 'Fiji Banded Iguana' ditemui di luar 'New World'. Ia terdiri dari dua spesies, pertama Iguana hijau iaitu menjadi haiwan peliharaan yang digemari ramai dan yang kedua adalah yang lebih kecil bernama 'Antillean Iguana'. Perkataan Iguana adalah berasal dari bahasa Sepanyol iaitu 'Taino' nama asal untuk spesies 'Iwana'. Dua spesies dalam kumpulan cicak Iguana memiliki sederet seperti duri yang tumbuh sepanjang dari atas kepala dan atas belakang hingga ke ekor bahagian atas. Di leher bahagian atasnya adalah sirip kecil yang menyerupai paku-paku, yang dikenali sebagai bonjolan sirip. Sirip ini mungkin berbagai warna dan tidak selalu mudah dilihat. Ia juga memiliki sisik besar yang berbentuk bulat pada pipinya dikenal sebagai perisai 'subtympanic'.
Iguana memiliki penglihatan yang sangat baik dan mampu melihat bentuk, bayang, warna dan gerakan pada jarak yang jauh. Iguana menggunakan matanya untuk memandu arah meredah belantara yang padat dan juga untuk mencari makanannya. Ia juga menggunakan isyarat penglihatan yang khas untuk berkomunikasi dengan ahli dari spesies yang sama. Sepasang telinga Iguana dikenali sebagai gegendang. Ini merupakan gendang telinga Iguana dan terletak tepat di atas perisai 'subtympanic' di belakang mata.
Iguana sering kali sulit mengenali sesuatu, seperti kebanyakan spesies cicak besar yang lain iaitu dalam hal mengecam persekitaran mereka yang beraneka bentuk. Bagi spesies Iguana Hijau, warnanya membantu sebagai suatu cara berselindung dari pemangsa yang lebih besar. Iguana adalah pemakan tumbuh-tumbuhan. Ia boleh membesar sehingga 150sm panjang, ukuran dikira dari kepala hingga ke ekor. Ada pengkaji mendakwa dari contoh yang diperolehi Iguana ada yang membesar melebihi 200sm panjang dengan seberat melebihi 91kg.