𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗥𝗔𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟱


Orang-ramai dijemput hadir, semoga dapat turut sama memeriahkan lagi Karnival Komuniti Kraf 2025. Acara ini bakal berlangsung pada:


Tarikh: 27hb November ~ 7hb Disember 2025

Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam 

Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur.


Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran kraf, demonstrasi kraf serta peluang membeli produk kraf hasil sentuhan kreatif daripada komuniti kraf. Datanglah beramai-ramai, sokong usahawan dan komuniti kraf tempatan!


# KraftanganMalaysia

# karnivalkomunitikraf2025

# MalaysiaMADANI

# TaatSetia

# VisitMalaysia2026

# IniKrafMalaysia



••••••••••••••••••••♤•••••


STUDIO YANG TERBUKA (Artis Koloni Conlay)


Telah 28 tahun 'ruang' ini menyarankan kanvas untuk kami zohirkan impian dan pengalaman sejak kecil. Mengenai cerita hidup kami yang kami sampaikan melalui catan berwarna untuk dikongsikan. Galeri kami, dari pintu ke pintu adalah studio yang terbuka, menyapa siapa saja yang mundar-mandir di sekitarnya.


Terhimpun kami di sini seperti kebetulan untuk berkongsi pengalaman dan meluahkan perasaan sesuai dengan pengetahuan kami yang terbatas ini. Ya, mengenai apa itu seni-tampak.


Jemput masuk, saksikan perjalanan ini. Wajah-wajah artis yang sering sarat dengan harapan untuk masa depan yang lebih bererti, menyambut damai pada yang sudi berkunjung.