Posts

Showing posts from June, 2024

Ki-OilPainting: bunga kekwa #2

Image
genre: flora title: bunga kekwa #2 medium: oil painting  size: 71cm x 89cm year: 2012 [upgraded 2024] price: myr 4000.00 Lukisan ini siap pada tahun 2012. Namun kini 2024, saya tingkatkan semula nilai seninya menurut citarasa saya. Chrysanthemums atau disebut dalam bahasa Melayu sebagai bunga-bunga Kekwa. Bunga Chrysanthemum atau Kekwa adalah salah satu bunga yang paling terkenal di dunia selepas hanya bunga Mawar. Perkataan ' Chrysanthemum ' berasal dari bahasa Greek iaitu ' Chrys ' bererti emas (warna bunga-bunga asli), dan 'anthemon' yang bermaksud bunga. Nama ini diberikan kepada spesies kekwa oleh Carolus Linnaeus, seorang naturalis Sweden juga dikenali sebagai bapa taksonomi moden. (Naturalis adalah orang yang melakukan kajian khas tentang haiwan dan tumbuh-tumbuhan). • Kingdom: Plantae, Division: Magnoliophyta, Class: Magnoliopsida, Order: Asterales, Family: Asteraceae, Genus: Chrysanthemum. Bunga kekwa mekar dalam berbagai bentuk dan boleh dilihat seper